Friday, October 5, 2018

GEMPA BUMI: ADAKAH IA AZAB ALLAH?

  1. Allah SWT Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui berkenaan apa yang dicipta dan qadar yang ditentukanNya. Sebagaimana perintah dan syariatNya itu dipenuhi dengan pelbagai hikmah demikian juga Allah juga mencipta segala sesuatu dan termasuklah ciptaan Allah adalah ayat kauniyyah (tanda-tanda yang ada di langit dan bumi ciptaanNya).
  1. Tanda-tanda yang Allah ciptakan di muka bumi ini bertujuan sebagai takhwif (menakutkan) dan tazkirah (peringatan) kepada hamba-hambaNya supaya mereka menjauhi kesyirikan dan maksiat yang menafikan ketaatan terhadapNya. Firman Allah SWT:
       وَمَا نُرْسِلُ بِالْآيَاتِ إِلَّا تَخْوِيفًا

Kami tidak menghantar turun ayat (tanda-tanda) itu melainkan untuk menjadi amaran (menakutkan mereka)  [ Al-Isra':59 ]

       Kata Qatadah:

      وإن الله يخوّف الناس بما شاء من آية لعلهم يعتبرون، أو يذكَّرون، أو يرجعون، ذُكر لنا أن الكوفة رجفت على عهد ابن مسعود، فقال: يأيها الناس إن ربكم يستعتبكم فأعتبوه.
   
" Sesungguhnya Allah menakutkan manusia dengan apa yang dia kehendaki daripada tanda-tanda (di langit dan bumi) semoga mereka mengambil iktibar, atau mengambil peringatan, atau kembali (bertaubat kepada Allah), disebutkan kepada kami bahawa Kufah pernah bergegar (akibat gempa) pada zaman Ibnu Mas'ud, kata Ibnu Mas'ud: " Wahai manusia sesungguhnya Tuhan kalian sedang mengingatkan kalian, oleh itu ambillah peringatan itu". [ Tafsir Al-Tabari 17/478 ] 
  1. Firman Allah SWT:
قُلْ هُوَ الْقَادِرُ عَلَىٰ أَن يَبْعَثَ عَلَيْكُمْ عَذَابًا مِّن فَوْقِكُمْ أَوْ مِن تَحْتِ أَرْجُلِكُمْ أَوْ يَلْبِسَكُمْ شِيَعًا وَيُذِيقَ بَعْضَكُم بَأْسَ بَعْضٍ ۗ انظُرْ كَيْفَ نُصَرِّفُ الْآيَاتِ لَعَلَّهُمْ يَفْقَهُونَ 

Katakanlah: "Dia lah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana), dari sebelah atas kamu, atau dari bawah kaki kamu, atau Ia menjadikan kamu bertentangan dan berpecah-belah - berpuak-puak, dan Ia merasakan sebahagian daripada kamu akan perbuatan ganas dan kejam sebahagian yang lain". Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan (yang menunjukkan kebesaran Kami) dengan berbagai cara, supaya mereka memahaminya.  [ Al-An'aam:65 ] 

Imam Al-Suyuthi menukilkan daripada Abu Syeikh Al-Asbahani meriwayatkan tafsir berkenaan ayat di atas daripada Mujahid: Beliau menafsirkan ayat قُلْ هُوَ الْقَادِرُ عَلَىٰ أَن يَبْعَثَ عَلَيْكُمْ عَذَابًا مِّن فَوْقِكُمْ ( Katakanlah: "Dia lah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana), dari sebelah atas kamu)) iaitu suara pekikan, batu dan angin.

أَوْ مِن تَحْتِ أَرْجُلِكُمْ ( atau dari bawah kaki kamu ) iaitu: GEMPA BUMI dan Al-Khasf (penenggelaman), keduanya adalah azab bagi para pendusta (agama)"   [ Mausu'ah Al-Tafsir bil Ma'thur 8/391 ] 

  1. Banyaknya berlaku gempa bumi adalah antara tanda-tanda kiamat, daripada Abu Hurairah RA, Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:
لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقْبَضَ الْعِلْمُ وَتَكْثُرَ الزَّلَازِلُ 

" Tidak berlaku kiamat sehinggalah ilmu diangkat(hilang), dan banyak berlaku gempa bumi..."  
[ HR Al-Bukhari ] 

Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-'Asqalani (wft:852H) rahimahullah:

وقد وقع في كثير من البلاد الشمالية والشرقية والغربية كثير من الزلازل، ولكن الذي يظهر أن المراد بكثرتها شمولها ودوامها

" Banyak telah berlaku di banyak negara sama ada sebalah utara, timur mahupun barat gempa bumi yang banyak, akan tetapi yang jelas bahawa yang dimaksudkan dengan banyaknya ia adalah liputannya (yang berlaku di pelbagai negara) dan berterusannya (kejadiannya)"  [ Fathul Bari 13/87 ] 

  1. Kata Al-'Allamah Syeikh Abd Aziz bin Abdillah bin Baz (1420H) rahimahullah: 
ولا شك أن ما حصل من الزلازل في هذه الأيام في جهات كثيرة هو من جملة الآيات التي يخوف الله بها سبحانه عباده . وكل ما يحدث في الوجود من الزلازل وغيرها مما يضر العباد ويسبب لهم أنواعا من الأذى ، كله بأسباب الشرك والمعاصي ، كما قال الله عز وجل : (وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ ) وقال تعالى : (مَا أَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ اللَّهِ وَمَا أَصَابَكَ مِنْ سَيِّئَةٍ فَمِنْ نَفْسِكَ )وقال تعالى عن الأمم الماضية : (فَكُلًّا أَخَذْنَا بِذَنْبِهِ فَمِنْهُمْ مَنْ أَرْسَلْنَا عَلَيْهِ حَاصِبًا وَمِنْهُمْ مَنْ أَخَذَتْهُ الصَّيْحَةُ وَمِنْهُمْ مَنْ خَسَفْنَا بِهِ الْأَرْضَ وَمِنْهُمْ مَنْ أَغْرَقْنَا وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ )
فالواجب على جميع المكلفين من المسلمين وغيرهم ، التوبة إلى الله سبحانه ، والاستقامة على دينه ، والحذر من كل ما نهى عنه من الشرك والمعاصي ، حتى تحصل لهم العافية والنجاة في الدنيا والآخرة من جميع الشرور

" Tiada keraguan lagi bahawa apa yang berlaku berupa gempa bumi pada hari ini di pelbagai tempat yang banyak ia termasuk daripada tanda-tanda yang Allah jadikan untuk menakutkan para hambaNya. Setiap kejadian yang berlaku di alam wujud ini berupa gempa bumi dan selainnya yang memudaratkan para hamba dan menyebabkan timbul pelbagai bentuk kesakitan kesemuanya adalah disebabkan oleh KESYIRIKAN dan MAKSIAT-MAKSIAT, sebagaimana firman Allah: 

" Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu." [ Al-Syura:30 ] 

Firman Allah: 

Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. [ An-Nisa':79 ] 

Firman Allah berkenaan umat terdahulu:

" Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri."  [ Al-Ankabut: 40 ]   

Maka wajib ke atas semua mukallaf sama ada dari kalangan muslimin dan selain mereka bertaubat kepada Allah Subhanah, Istiqamah di atas agamaNya, berwaspada daripada segala yang ditegahNya berupa syirik dan maksiat sehingga terhasil kepada mereka kesejahteraan dan keselamatan di dunia dan akhirat daripada segala keburukan...

[ Akbar Al-Riyadh, Al-Jazeera, Al-Madinah dan Ukaz bertarikh 13 Rejab 1416H ]


MFAZ
26 Muharram 1440Hijrah






No comments:

Post a Comment

FITNAH JUHAIMAN & PENGEPUNGAN TERHADAP MASJIDIL HARAM (VERSI SAHIH) Bahagian II

FITNAH JUHAIMAN & PENGEPUNGAN TERHADAP MASJIDIL HARAM (VERSI SAHIH) Bahagian II 16. Syeikh Badi'u ddin Rasyidi Al-Sindhi yang meru...